NADI – MAHIR: Mahir Masak dan Mahir Fotografi Minggu 18

11 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

11 – 15 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 18. Seramai 3 orang peserta mahir masak dan seorang peserta mahir fotografi.  Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

Modul Pengiraan Kos - untuk kos masakan dan jualan ini diajar oleh guru bagi membantu peserta memahami cara mengira kos bahan mentah, harga jualan, keuntungan serta pengurusan bajet dalam perniagaan makanan. Peserta juga akan belajar teknik menentukan harga yang sesuai supaya perniagaan lebih teratur dan menguntungkan. Modul ini memberi pendedahan asas tentang pengurusan kewangan dalam bidang masakan dan jualan agar peserta lebih yakin untuk memulakan atau mengurus perniagaan kecil dengan lebih baik.

Modul Content Creation – Asas Penciptaan Kandungan (Hook & Niche) - membantu peserta memahami cara menghasilkan kandungan yang menarik dan berkesan di media sosial. Peserta akan belajar tentang kepentingan “hook” untuk menarik perhatian penonton serta cara memilih “niche” yang sesuai dengan minat dan sasaran audiens. Modul ini juga memberi panduan asas untuk menghasilkan idea kandungan yang kreatif, konsisten dan mudah difahami supaya peserta lebih yakin membina personal branding atau perniagaan secara digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali